MANGSA dikebumikan di tanah perkuburan di Guayaquil, Ecuador. FOTO AFP
MANGSA dikebumikan di tanah perkuburan di Guayaquil, Ecuador. FOTO AFP
AFP

Quito: Polis Ecuador mengutip lebih 800 mayat di Guayaquil, pusat tercetusnya wabak Covid-19 di negara itu.

Ia selepas kakitangan perubatan di hospital tidak menang tangan untuk menguruskan mayat mangsa.

Selain itu, penduduk juga sudah mula memuat naik gambar mayat di jalanan di media sosial.

“Jumlah yang kami kutip daripada pasukan petugas melebihi 700 orang, “ kata Jorge Wated yang mengetuai pasukan polis dan tentera untuk menangani Covid-19.

Katanya, dalam operasi gabungan pasukan petugas berkenaan selama tiga minggu lalu, mereka mengutip 771 mayat dari rumah.

Namun, beliau tidak memperincikan punca kematian mangsa.

Mayat kemudian dikebumikan di tapak perkuburan.

Ecuador merekodkan 7,500 kes jangkitan wabak itu sejak kes pertama disahkan pada 29 Februari lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2020 @ 5:24 PM