BATANES, Filipina
BATANES, Filipina
Agensi

GEMPA bumi bermagnitud enam skala Richter menggegarkan Batanes, Fililpina tengah malam tadi diikuti gegaran susulan dengan magnitud 5.5 skala Richter dua jam kemudian pada awal pagi hari ini. 

Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan susulan bencana itu. 

CNN Philipines melaporkan, perkara itu disahkan oleh Institut Volkanologi dan Seismologi Fililipna atau Phivolcs. 

Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 12.44 tengah malam di Batanes yang terletak 37 kilometer (KM) di utara dari bandar Basco dengan kedalaman 157 km.

Philvolcs kemudiannya mengemas kini laporannya dengan meletakkan magnitud sebenar iaitu 6.2 dan titik gempa 16 kilometer dari timur laut Basco. 

Gegaran itu dapat dirasakan di Basco, Itbayat, Tuguegarao, Cagayan dan Luna, Apayao, Laoag dan Pasuquin, Ilocos Norte dan Vigan.

Kawasan lain yang turut dapat merasakan gegarannya adalah bandar Santoa dan Tupi, Cotabato, Gingoog dan Misamis Oriental, Kiamba, Alabel, Malungon dan Sarangani turut menerima kesannya. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2020 @ 10:53 AM