PENGAWAL keselamatan melakukan saringan suhu di pintu masuk pusat beli-belah di Bangkok. FOTO AFP
PENGAWAL keselamatan melakukan saringan suhu di pintu masuk pusat beli-belah di Bangkok. FOTO AFP
Reuters

Bangkok: Thailand merekodkan peningkatan tertinggi jangkitan Covid-19 dengan 89 kes baharu, hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 411 orang.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Awam, Taweesin Wisanuyothin berkata, kes terbaharu ini mempunyai kaitan dengan kes jangkitan pesakit sebelum ini.

Antaranya, mereka yang menghadiri perlawanan tinju, pusat hiburan

di samping peserta perhimpunan keagamaan di Malaysia.

Daripada jumlah keseluruhan kes, 366 pesakit masih dirawat, manakala 44 disahkan sembuh.

Sehingga kini, Thailand merekodkan satu kematian akibat Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 2:11 PM