PETUGAS kesihatan bersedia di lokasi  hospital baru yang dibina untuk pesakit Covid-19 di Milan. FOTO AFP.
PETUGAS kesihatan bersedia di lokasi hospital baru yang dibina untuk pesakit Covid-19 di Milan. FOTO AFP.
Agensi

ROM: Itali melepasi angka kematian akibat Covid-19 direkodkan China dan berdepan kemungkinan melanjutkan perintah berkurung yang boleh memberi kesan buruk kepada ekonominya.

Kelmarin, negara itu mencatat 3,405 kematian selepas 427 kematian baharu direkodkan pada Rabu.

China sebaliknya, mencatat 3,245 kematian, angka rasmi dimaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak hari pertama penularan wabak itu yang bermula penghujung Disember lalu.

Semua kematian di Itali berlaku dalam tempoh empat minggu yang bermula dengan beberapa kes di Milan sebelum merebak pantas ke seluruh negara itu.

GAMBAR fail menunjukkan lelaki berjoging di dataran Navona yang lengang. FOTO Reuters.
GAMBAR fail menunjukkan lelaki berjoging di dataran Navona yang lengang. FOTO Reuters.

Iran pula merekodkan 1,284 kematian namun angka rasmi dipersoal pakar perubatan sementara Sepanyol mencatat 767 kematian dan Perancis 264 kematian.

Kelmarin, trak tentera Itali dilihat menghantar keranda baharu ke tanah perkuburan di Bergamo, bandar utara Itali yang menjadi pusat pandemik global.

Pengebumian dilakukan dalam tempoh 30 minit bagi setiap jenazah bagi mengelak penyebaran wabak.

Agensi berita Ansa Itali melaporkan kematian dua doktor di pekan Como di barat Bergamo menjadikan jumlah kematian petugas perubatan akibat wabak itu mencecah 13 orang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 9:14 AM