PUTERA Mahkota Mohammed Salman. FOTO Arkib NSTP
PUTERA Mahkota Mohammed Salman. FOTO Arkib NSTP
AFP

Riyadh: Arab Saudi menahan tiga ahli keluarga diraja termasuk dua putera kanan, lapor media Amerika Syarikat.

Dua putera itu, Putera Ahmed Abdulaziz al-Saud, yang juga adik-beradik kepada Raja Salman dan anak saudara raja itu, Putera Mohammed Nayef.

Pengawal diraja dilaporkan menahan kedua-duanya dari rumah mereka pada pagi Jumaat.

Wall Street Journal yang memetik sumber berkata, putera berkenaan ditahan atas dakwaan pengkhianatan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa itu tidak memberi maklum balas berhubung perkara itu.

Penahanan itu dilapor menandakan tindakan keras terbaru oleh Putera Mahkota Mohammed Salman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 10:05 AM