POLIS mengawal kawasan di salah satu pintu masuk pusat beli-belah berkenaan. FOTO AFP
POLIS mengawal kawasan di salah satu pintu masuk pusat beli-belah berkenaan. FOTO AFP
Reuters

MANILA: Seorang bekas pengawal keselamatan menembak seorang lelaki dan menjadikan 30 individu sebagai tebusan di sebuah pusat beli-belah di sini.

Difahamkan, suspek sebelum ini berkhidmat dengan pusat beli-belah berkenaan tetapi baru dipecat.

Susulan kejadian, pengunjung diminta mengosongkan bangunan.

Pasukan keselamatan juga dilihat memasuki bangunan empat tingkat yang menempatkan 100 outlet itu.

Difahamkan, mangsa yang ditembak berada dalam keadaan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 4:03 PM