KERJA-kerja pensterilan dilakukan di sebuah pasar di Daegu untuk memerangi wabak Covid-19. FOTO Yonhap/AFP.
KERJA-kerja pensterilan dilakukan di sebuah pasar di Daegu untuk memerangi wabak Covid-19. FOTO Yonhap/AFP.
Reuters

SEOUL: Sebanyak 161 kes baru Covid-19 direkodkan di Korea Selatan menjadikan keseluruhan jumlah jangkitan akibat wabak berkenaan mencecah 763 kes setakat hari ini.

Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan berkata, 151 kes daripada jumlah jangkitan terbaru itu, dipercayai berkait rapat dengan pengunjung sebuah gereja di Daegu, minggu lalu.

Wanita berusia 61 tahun dikenali sebagai pesakit ke-31 itu disahkan positif wabak itu berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

KCDC juga melaporkan setakat ini, kematian ketujuh direkodkan akibat wabak itu membabitkan warga emas lelaki berusia 62 tahun di Hospital Cheongdo.

Pihak berkuasa masih membuat siasatan lanjut punca sebenar penularan wabak berkenaan berikutan pesakit ke-31itu direkodkan tiada perjalanan ke luar negara baru-baru ini.

Semalam, Presiden Moon Jae-in mengumumkan amaran ke tahap paling tinggi susulan kenaikan mendadak kes jangkitan wabak itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 10:45 AM