ORANG awam di stesen kereta api bawah tanah yang dalam proses ubahsuai di Seoul. FOTO AFP
ORANG awam di stesen kereta api bawah tanah yang dalam proses ubahsuai di Seoul. FOTO AFP
Reuters

SEOUL: Samsung Electronics mengesahkan satu kes koronavirus baharu Covid-19 di kompleks kilangnya di bandar Gumi, Korea Selatan.

Ia menyebabkan syarikat berkenaan terpaksa menutup fasiliti berkenaan, buat sementara waktu.

Pengeluar telefon bimbit utama dunia itu dilaporkan akan menutup operasi kilang itu sehingga 24 Februari ini.

Tingkat yang menjadi tempat kerja kakitangan yang dijangkiti itu pula ditutup sehingga 25 Februari.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 5:54 PM