NATALIA tidak perlu berbelanja besar sebaliknya hanya bergambar di gedung perabot terkemuka. - Agensi
NATALIA tidak perlu berbelanja besar sebaliknya hanya bergambar di gedung perabot terkemuka. - Agensi
Agensi

Bali: Seorang Bintang YouTube, Natalia Taylor tidak perlu berbelanja besar untuk ke Bali, Indonesia.

Sebaliknya, dia hanya bergambar di sebuah gedung perabot dan perkakas rumah untuk kelihatan seperti bercuti di destinasi pelancongan terkenal itu.

Mirror UK melaporkan, Natalia membawa bersama jurugambar, Ally Amodeo bagi mengambil gambar dirinya seperti di dalam hotel lima bintang.

Sebelum memuat naik di Instagram, Natalia sempat menyunting gambarnya supaya tidak kelihatan palsu terutama di bahagian tanda harga.

Natalia juga meletakkan Bali sebagai lokasi dia berada bersama kapsyen ‘Ratu sudah tiba di #Bali.’

Taktik itu menjadi kerana rata-rata pengikut Natalia terpedaya dan yakin wanita berkenaan berseronok menikmati percutiannya.

“Dia benar-benar menikmati kehidupannya,” komen salah seorang pengikutnya di Instagram.

Menyedari perkara itu, Natalia menerusi video di YouTube membuat pengakuan yang gambar berkenaan hanyalah lakonan dan terkejut dengan maklum balas positif diterimanya.

“Semuanya memberi komen positif dan memuji solekan serta pakaian yang saya gayakan.

“Hakikatnya, saya tidak bercuti sebaliknya hanya ke gedung perabot tidak jauh dari rumah untuk bergambar.

“Jadi, pengajarannya adalah jangan mudah mempercayai apa yang dilihat di Internet kerana ada kalanya, seseorang itu mahu menyembunyikan identitinya dan bukan susah untuk berbuat begitu,” katanya.
- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 7:55 AM