FOTO fail menunjukkan Lee Myung-bak hadir ke mahkamah pada 6 September 2018. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan Lee Myung-bak hadir ke mahkamah pada 6 September 2018. FOTO AFP
AFP

Seoul: Bekas Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak dibawa ke penjara, hari ini.

Ia bagi menjalani hukuman penjara 17 tahun kerana rasuah dan menggelapkan wang, selepas mahkamah menolak rayuannya untuk hukuman lebih ringan.

Lee yang berkhidmat sebagai Presiden antara 2008 dan 2013, pernah dipenjara pada 2018 untuk tempoh singkat.

Ia selepas beliau dipenjara 15 tahun dan didenda 13 bilion won (kira-kira RM45 juta).

Bagaimanapun, dia dibenarkan ikat jamin sementara menantikan keputusan rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Dia didapati bersalah menggelapkan jutaan dolar dan menerima rasuah daripada Samsung Electronics.

Ia sebagai balasan untuk memberi pengampunan kepada pengerusi syarikat itu, Lee Kun-hee, yang dijel kerana mengelak membayar cukai.

Pada prosiding hari ini, Mahkamah Daerah Pusat Seoul sebaliknya menjatuhkan hukuman lebih berat kerana Lee tidak menunjukkan kesal atau bertanggungjawab atas kesalahannya.

Beberapa Presiden Korea Selatan sebelum ini dijel selepas tidak lagi menjawat jawatan itu.

Pengganti Lee, Park Geun-hye, kini menjalani hukuman penjara 32 tahun kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Ia selepas beliau disingkirkan daripada jawatan itu susulan skandal rasuah yang menyebabkan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara.

Seorang lagi pemimpin, Roh Moo-hyun, membunuh diri selepas disoal siasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan ahli keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 4:38 PM