BMW M3 Lightweight milik Paul Walker yang dilelong. FOTO Agensi
BMW M3 Lightweight milik Paul Walker yang dilelong. FOTO Agensi
Reuters

SEBANYAK 21 kenderaan milik bintang Fast and Furious, Paul Walker bernilai AS$2.3 juta (RM9.3 juta) berjaya dilelong dalam satu acara lelongan tahunan di Arizona.

Koleksi kenderaan milik Walker mendapat perhatian pembida terutama model BMW M3 Lightweight keluaran 1995 yang dibida pada harga AS$385,000 (RM1.6 juta).

Model berkenaan adalah satu daripada 126 unit dihasilkan BMW dalam segmen badan ringan.

Jurucakap syarikat insurans, Jonathan Klinger berkata, peserta lelongan itu membayar harga yang tinggi untuk koleksi Walker.

“Kebiasaannya kereta milik selebriti tidak dibida terlalu tinggi, namun disebabkan Walker juga peminat kereta, ia menjadikan nilai kenderaan ini lebih tinggi dan perlu dimiliki,” katanya.

Antara kenderaan lain milik Walker yang dilelong adalah Nissan 370Z keluaran 2009 yang turut ‘membintangi’ filem Fast Five dan dibida pada harga AS$105,600 (RM423,000).

Selain itu, kereta lumba model Ford Boss 302S keluaran 2013 yang tidak pernah dibawa berlumba dibida pada harga AS$95,700 (RM388,000).

Hasil lelongan disalurkan ke tabung amanah anak Walker, Meadow.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 7:14 PM