PENGENDALI premis diisytihar muflis dan meninggalkan sisa sebelum melupuskannya.
PENGENDALI premis diisytihar muflis dan meninggalkan sisa sebelum melupuskannya.
Agensi

LONDON: Tindakan dua pencuri memecah masuk sebuah premis membongkar penemuan bahagian badan manusia dan ubat-ubatan lama yang ditinggalkan selama setahun.

Pengendali premis di Longbenton, North Tyneside itu dipercayai kehilangan kontrak dengan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) diisytihar muflis kemudian meninggalkan sisa itu sebelum melupuskannya.

Daily Mail melaporkan, dua penjenayah itu, Barry Watson, 36, dan Jamie Pollard, 40, menemui sesuatu tidak dijangka ketika memecah masuk premis berkenaan dua hari berturut-turut untuk mencuri ubat-ubatan.

Kedua-duanya terpaksa dikuarantin selepas terdedah dengan bahan kimia berikutan sebahagian badan manusia itu milik pesakit kanser.

Berdasarkan prosiding kes itu di Mahkamah Newcastle Crown, premis itu dikendalikan Healthcare Environmental Services Ltd dan dipantau kamera litar tertutup (CCTV) Orbis Security.

Watson dan Pollard memecah masuk premis itu pada 6 September lalu dan mengulangi kembali pada keesokan untuk mendapatkan lebih banyak stok.

Berdasarkan keterangan di mahkamah, seorang pengawal keselamatan yang melihat tindakan dua lelaki itu menyerbu dan merangkak keluar dari pintu itu dan cuba melarikan diri.

Pendakwa, Barry Robson berkata, pengawal keselamatan dapat melihat mereka membawa beg plastik berisi ubat preskripsi.

“Dia kemudian berlari dan menjerit ke arah mereka supaya berhenti tetapi gagal.

“Watson berpaling dan menghayun pukulan ke arahnya manakala Pollard menjerit lakukan saja. Pengawal keselamatan membiarkan mereka melarikan diri kerana bimbang keselamatannya,” katanya.

Pagi keesokannya, jam 9.40 pagi, pasangan itu memecah masuk premis sekali lagi namun berjaya ditahan polis

“Polis terpaksa memanggil pihak berkaitan berikutan terdedah dengan bahan kimia berbahaya dan Watson ditahan ketika dikelilingi bekas ubat-ubatan,” katanya.

“Berikutan pendedahan terhadap bahan kimia, kedua-dua mereka terpaksa dikuarantin sebelum dibawa ke hospital,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 9:23 AM