BANJIR sepanjang malam menyebabkan banjir di beberapa daerah Jakarta.
BANJIR sepanjang malam menyebabkan banjir di beberapa daerah Jakarta.
AFP

Jakarta: Empat individu dilaporkan maut ekoran banjir yang berlaku di Jakarta sejak semalam.

Namun, media tempatan melaporkan berlaku tanah runtuh selepas hujan lebat pada malam sambutan Tahun Baru 2020 yang menyebabkan beberapa lagi nyawa terkorban.

Selain itu, seorang remaja berusia 16 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik manakala tiga lagi akibat hipotermia kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana, Subejo.

Dalam pada itu, terdapat beberapa pasangan berusia terperangkap di rumah masing-masing selepas air sungai melimpah ke kediaman mereka.

Dalam masa sama, media tempatan juga melaporkan tiga individu maut selepas terperangkap dalam tanah runtuh di Cinere yang terletak di selatan Jakarta.

Menurut laporan Kompas.com, beberapa jalan utama dan kawasan rendah dinaiki air setinggi satu meter dan sehingga memaksa bekalan elektrik diputuskan untuk sementara waktu.

Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), pemimpin wilayah serta pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memberikan bantuan sewajarnya kepada penduduk terjejas.

Wilayah yang terjejas antaranya pusat bandar, selatan dan timur Jakarta; Makasar, Pinang Ranti, Kampung Melayu, Rorotan, Raya Buaya dan Manggarai Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 5:28 PM