Foto hiasan
Foto hiasan
Reuters

BOSTON: Seorang wanita dan dua kanak-kanak dijumpai mati pada perayaan Krismas di laluan pejalan kaki di tempat letak kereta bertingkat tinggi di Renaissance Park Garage, yang kelihatan seperti terjatuh dari bumbung garaj, kata pihak berkuasa.

Pesuruh jaya Polis Boston, William Gross berkata beberapa penyiasat mempunyai beberapa butiran mengenai apa yang berlaku kepada ketiga-tiga mangsa.

“Mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan dan disahkan tidak bermaya oleh hospital,” katanya.

Ketika ditanya pada sidang media adakah kemungkinan ketiga-tiga mangsa membunuh diri, menurut Gross dia tidak pasti dan tidak akan membuat sebarang kesimpulan atau cubaan untuk spekulasi keadaan.

Bagaimanapun, rakaman udara dari tempat kejadian yang disiarkan televisyen tempatan menunjukkan penyiasat berkumpul di atas bumbung berhampiran sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hitam dengan tiga pintu terbuka. Kawasan keliling kenderaan itu sudah di kepung dengan pita kuning.

Menurut Gross, punca dan cara kematian akan ditentukan oleh pegawai perubatan dan kes itu dianggap sebagai ‘siasatan kematian’ diketuai oleh Peguam Daerah Suffulk, Rachel Rollins.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Disember 2019 @ 11:37 AM