SONNY turut mengecam tindakan kejam China terhadap minoriti Muslim Uighur. FOTO Agensi
SONNY turut mengecam tindakan kejam China terhadap minoriti Muslim Uighur. FOTO Agensi
AFP

WELLINGTON: Bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams turut mengikut jejak pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil yang mengutuk tindakan kejam China terhadap minoriti Muslim Uighur hari ini sambil merungut, sesetengah orang memilih wang berbanding ‘kemanusiaan’.

“Ia amat menyedihkan apabila kita memilih keuntungan ekonomi berbanding sifat kemanusiaan,” kata Williams pemenang Piala Dunia dan pemain pasukan All Blacks yang turut memeluk Islam.

Kenyataannya itu dimuat naik di Twitter dengan ilustrasi tangan mewakili bendera China mencengkam tangan lain diwakili bendera ‘Turkestan Timur’ iaitu istilah yang digunakan pemisah Uighur untuk Xinjiang disertai titisan darah.

Kerajaan China marah dan berang terhadap Ozil yang menyerang dasar Beijing.

Hak asasi manusia pula berkata, negara itu melanggar kebebasan dan hak asasi manusia selain menganggarkan kira-kira sejuta penduduk Uighur dan minoriti Muslim lain dalam penjara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 9:55 PM