ORANG ramai melalui restoran McDonald’s di Lima, Peru. FOTO: Reuters
ORANG ramai melalui restoran McDonald’s di Lima, Peru. FOTO: Reuters
Reuters

LIMA: McDonald’s menutup semua restorannya di Peru selama dua hari sebagai tanda berkabung selepas dua orang pekerjanya mati, menurut syarikat itu di Twitter.

La Republica melaporkan, dua pekerja remaja terkena renjatan elektrik ketika membersihkan dapur McDonalds di Pueblo Libre, di sini.

“Bagi menghormati kehilangan dua rakan sekerja kita Carlos Gabriel Edgardo Campos Zapata dan Alexandra Antonella Porras Inga, kami ingin mengisytiharkan berkabung bermula pagi ini dan menghentikan operasi semua restoran kami di seluruh negara, selama dua hari,” kata McDonald's Peru menerusi Twitter.

Menurut syarikat itu, ia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kematian pekerja berkenaan dan menawarkan sokongan kepada keluarga terbabit.

Semua kakitangan tetap dibayar gaji selama dua hari ia ditutup.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 9:01 PM