FOTO AFP
FOTO AFP
Reuters

NEW DELHI: Mangsa rogol berusia 23 tahun dilaporkan meninggal dunia di hospital selepas dua hari kejadian dia dibakar oleh sekumpulan lelaki termasuk suspek yang pernah merogolnya.

Reuters yang memetik ANI melaporkan, kejadian berlaku wanita terbabit dalam perjalanan ke mahkamah di utara Uttar Pradesh untuk memberi keterangan terhadap suspek.

Dia kemudiannya disimbah petrol dan dibakar ketika ingin menaiki kereta api pada Khamis lalu sebelum meninggal dunia di hospital akibat serangan jantung.

Wanita terbabit membuat laporan polis pada Mac lalu selepas mendakwa dia dirogol oleh suspek yang mengacukan pistol dalam kejadian pada 12 Disember 2018.

Selepas dipenjarakan, perogol terbabit dibebaskan minggu lalu atas jaminan, kata jurucakap polis, SK Bhagat di Lucknow.

Uttar Pradesh mempunyai jumlah penduduk paling ramai dan ia merekodkan kes rogol paling tinggi pada 2017 dengan lebih 4,200 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 12:22 PM