ANGGOTA polis menjalankan siasatan di Courtlandt Avenue berhampiran East 151st Street. FOTO The New York Times
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di Courtlandt Avenue berhampiran East 151st Street. FOTO The New York Times
NYT

NEW YORK: Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk dua budak lelaki berusia 10 dan 14 tahun cedera akibat terkena tembakan rambang yang dilepaskan seorang lelaki ke arah orang ramai di Bronx kelmarin, kata polis.

Insiden itu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara di kawasan blok kedai, pusat jagaan harian dan ketika kebanyakan pelajar menuju ke sekolah.

“Mangsa lain membabitkan dua wanita berusia 35 dan 19 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun.

“Mangsa yang terkena tembakan di Courtlandt Avenue berhampiran East 151st Street dalam keadaan parah dan kritikal,” kata polis.

Empat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Lincoln di Bronx. Budak berusia 10 tahun itu dirawat di Pusat Hospital Harlem di Manhattan.

Tiada tangkapan dilakukan kelmarin dan menurut polis, suspek digambarkan sebagai lelaki dalam usia 20-an, memakai jaket hitam dan dilihat berlari ke arah timur menuju Melrose Avenue.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 4:37 PM