REMAJA  selamat menjalani pemindahan dua paru-paru di sebuah hospital di Michigan, baru-baru ini. FOTO/AGENSI
REMAJA selamat menjalani pemindahan dua paru-paru di sebuah hospital di Michigan, baru-baru ini. FOTO/AGENSI
Reuters

WASHINGTON: Seorang remaja lelaki yang antara mangsa rokok elektronik di Amerika Syarikat selamat menjalani pemindahan dua paru-paru di sebuah hospital di Michigan, baru-baru ini.

Remaja berusia 17 tahun itu pesakit menderita kesan sampingan rokok elektronik pertama menjalani pembedahan pemindahan paru-paru pada pertengahan bulan lalu.

Pengarah Pembedahan Pemindahan Organ Hospital Henry Ford, Dr Hassan Nemeh berkata, remaja itu akan meninggal dunia sekiranya dia tidak menerima paru-paru.

Sementara itu, keluarga remaja malang terbabit meminta doktor mewar-warkan kesan buruk rokok elektronik yang boleh membahayakan nyawa.

“Kehidupan kami sekeluarga berubah dalam sekelip mata. Sebelum ini, kehidupannya seperti remaja lain dan dia juga seorang atlet.

“Kini dia diberikan dua paru-paru baru dan perlu mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya,” kata salah seorang ahli keluarga remaja itu.

Setakat ini, seramai 39 orang maut akibat menghidap rokok elektronik dan sebanyak 2,051 kes kecederaan paru-paru berkait rokok elektronik dilaporkan di Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 12:57 PM