GEMPA bumi sederhana itu pada kedalaman lapan kilometer dan disusuli empat gegaran.
GEMPA bumi sederhana itu pada kedalaman lapan kilometer dan disusuli empat gegaran.
Agensi

TEHRAN: Tiga orang terbunuh manakala 20 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda barat laut Iran awal pagi ini.

Gempa bumi sederhana itu pada kedalaman lapan kilometer dan disusuli empat gegaran, lapor AFP.

Pusat Seismologi Iran dalam satu kenyataan berkata gempa bumi melanda kira-kira 120 kilometer di tenggara bandar Tabriz, Azerbaijan Timur.

Agensi Berita IRNA melaporkan gegaran kuat menyebabkan penduduk berlari keluar dari rumah dalam keadaan panik.

Menurut Reuters, gempa bumi dirasai kira-kira 20 juta penduduk di beberapa bandar.

Pada 2003, gempa bumi berukuran 6.6 magnitud memusnahkan bandar bersejarah Bam dan mengorbankan hampir 31,000 orang.

Seramai 40,000 orang terbunuh dan 300,000 lagi cedera dalam gempa bumi 7.4 magnitud di utara Iran pada 1990.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 11:49 AM