SAAD Hariri
SAAD Hariri
AFP

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan meletakkan jawatan semalam selepas akur terhadap tunjuk perasaan secara besar-besaran terhadap isu rasuah yang berlarutan hampir dua minggu.

AFP melaporkan, ucapan Saad Hariri yang disiarkan menerusi televisyen itu disambut dengan sorakan kumpulan penunjuk perasaan yang melakukan bantahan sejak 17 Oktober lalu bagi mendesak kerajaan memenuhi tuntutan mereka.

Menurutnya, keputusan itu diambil sebagai maklum balas kepada rakyat Lubnan yang turun ke jalan raya menuntut perubahan.

“Ia amat perlu untuk memulihkan krisis ini. Saya akan ke Istana Baabda untuk menyerahkan surat peletakan jawatan,” katanya yang pernah meletakkan jawatan sebanyak dua kali sebelum ini.

Minggu lalu, dia mengumumkan pakej pembaharuan ekonomi yang bertujuan memperbaiki kewangan negara yang terjejas sejak beberapa bulan namun langkah itu gagal meredakan kemarahan penunjuk perasaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 3:13 PM