Reuters

VERSI mudah alih permainan video ‘Call of Duty’ mencapai sasarannya apabila ia dimuat turun lebih 100 juta pada minggu pertama, menurut Sensor Tower.

Manakala, ‘PlayerUnknown’s Battlegrounds’ (PUBG), ‘Fortnite’ dan ‘Electronic Arts’ dimuat turun sebanyak 26.3 juta, 22.5 juta dan 25 juta pada minggu pertama ia dilancarkan.

Call of Duty: Mobile dilancarkan oleh Activision Blizzard Inc pada 1 Oktober lalu.

Menurut Sensor Tower, nombor berkenaan menunjukkan jumlah ia dimuat turun di seluruh dunia menerusi Apple App Store dan Google Play.

Permainan Call of Duty dibangunkan untuk telefon mudah alih oleh Tencent Holdings Ltd, yang turut mempunyai kepentingan dalam ‘PUBG’s Bluehole’ dan ‘Fortnite’s Epic Games’.

Ia terkenal menerusi format pertempuran yang menghimpunkan puluhan pemain dalam talian untuk bertarung antara satu sama lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 9:25 PM