CENGKERIK yang dimakanPaniagua . FOTO Reuters
CENGKERIK yang dimakanPaniagua . FOTO Reuters
Reuters

SAN JOSE: Seorang pakar biologi di luar bandar Costa Rica memelihara beberapa jenis serangga seperti cengkerik dan lipas untuk dimakan.

Ketua Muzium Serangga Universiti Costa Rica, Federico Paniagua makan serangga tiga sejak tahun lalu untuk menggantikan protein haiwan.

Dia memelihara kumbang, semut, cengkerik, lipas dan beberapa jenis serangga lain di kebun rumahnya di Sarchi yang terletak kira-kira 30 kilometer dari San Jose.

FEDERICO Paniagua dan keluarga makan serangga yang menggantikan protein haiwan dalam makanan mereka. FOTO Reuters.
FEDERICO Paniagua dan keluarga makan serangga yang menggantikan protein haiwan dalam makanan mereka. FOTO Reuters.

Paniagua berkata, serangga berkenaan selamat dimakan dan menggambarkan rasanya seperti makan kerepek kentang.

“Rasanya enak. Serangga boleh dinikmati ketika menonton drama, bola sepak atau semasa melakukan aktiviti. Ia boleh dihidangkan bersama segelas air soda,” katanya.

Isteri Paniagua, Gabriela Soto memasak serangga yang dipelihara menggunakan minyak dan meletakkan sedikit garam.

Hidangan itu kemudian dinikmati bersama Paniagua dan anak perempuan mereka.

FOTO Reuters.
FOTO Reuters.

“Macam makan kerepek kentang, satu pinggan boleh habis,” kata Paniagua.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa (FAO) mendapati lebih 1,900 spesies serangga boleh dimakan.

Di Asia dan Afrika, serangga dimakan kerana mengandungi vitamin, mineral dan tenaga.

FOTO Reuters.
FOTO Reuters.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 1:57 PM