SEKUMPULAN pendatang tiba di Arguineguin selepas diselamatkan di kepulauan Sepanyol. FOTO: Reuters
SEKUMPULAN pendatang tiba di Arguineguin selepas diselamatkan di kepulauan Sepanyol. FOTO: Reuters
Reuters

ARGUINEGUIN (SEPANYOL): Puluhan pendatang Afrika yang cuba mendekati Pulau Canary dengan menaiki kanu kayu diselamatkan di luar perairan kepulauan Sepanyol, hari ini.

Perkhidmatan kecemasan Kepulauan Canary berkata di Twitter, seramai 37 pendatang, termasuk kanak-kanak, diselamatkan oleh penjaga pantai Sepanyol sekitar 9.6 kilometer dari pulau Gran Canaria selepas cubaan berbahaya dari Afrika Utara.

Menurutnya, semua pendatang sub-Sahara adalah lelaki.

Menurut data dari Kementerian Dalam Negeri Sepanyol, jumlah pendatang asing ke Sepanyol dilihat menurun sebanyak 46 peratus sepanjang pertengahan September berbanding musim yang sama tahun lalu, Kepulauan Canary menunjukkan peningkatan 37 peratus.

Cubaan menyeberang ke beberapa pulau di Lautan Atlantik di luar pantai Maghribi adalah laluan berbahaya bagi pendatang malah puluhan pendatang mati tahun lalu selepas cuba menyeberang, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Migrasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 9:28 PM