GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

TOKYO: Beratus penerbangan terpaksa dibatalkan manakala lebih 15,000 kediaman terputus bekalan elektrik selepas taufan kuat melanda pulau Okinawa, hari ini.

Taufan Tapah yang membawa angin berkelajuan sehingga 180 kilometer sejam kini bergerak ke arah utara dan dijangka bergerak ke laut yang memisahkan Korea Selatan dan barat Jepun.

Biro cuaca negara memberi amaran hujan lebat, banjir dan ombak besar manakala kerajaan wilayah Okinawa menasihatkan 334,000 penduduk berpindah.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 18 orang cedera manakala syarikat utiliti tempatan, Okinawa Electric berkata 9,200 isi rumah tiada bekalan elektrik pada jam 7.45 petang (waktu tempatan) berbanding 17,000 kediaman awal, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 9:54 PM