GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Reuters

BANGKOK: Parti pakatan pemerintah Thailand mencadangkan agar penduduk Thailand dibenarkan menanam pokok ganja dalam jumlah yang terhad di rumah masing-masing, setahun selepas negara itu membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan dan penyelidikan.

Menurut undang-undang dadah ketika ini, pengguna ganja boleh dikenakan hukuman berat termasuk penjara sehingga 10 tahun kerana memiliki dan denda besar.

Menteri Kesihatan, Supachai Jaisamut, berkata draf undang-undang itu akan membenarkan enam pokok ganja ditanam untuk setiap rumah namun ganja masih dikategorikan sebagai dadah menurut undang-undang Thailand.

“Tujuan utama adalah untuk perubatan. Anda boleh menanamnya untuk perubatan, tetapi bukan merokok di jalanan,” katanya.

Ia sekaligus membenarkan tumbuhan itu dijual kepada institusi berlesen di bawah pengawasan sebuah institut bagi tujuan berkenaan, kata Supachai kepada Reuters.

Institut Dadah berasaskan Tumbuhan akan mempunyai kuasa untuk membeli, mengekstrak dan mengeksport cannabidiol (CBD) iaitu bahan kimia yang berasal dari ganja.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 9:36 PM