AFP

WASHINGTON: Individu ketiga dilaporkan mati di Amerika Syarikat akibat masalah paru-paru yang dikaitkan dengan beratus pengguna rokok elektronik atau vape, kata pihak berkuasa kesihatan di Indiana.

AFP melaporkan, kematian terbaru itu disahkan oleh Jabatan Kesihatan negeri terbabit menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan mereka.

“Kematian yang membabitkan individu berusia lebih 18 tahun itu disahkan berlaku kelmarin,” katanya.

Menurutnya, mereka turut menyiasat 30 kes masalah paru-paru yang mempunyai kaitan dengan vape.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 September 2019 @ 1:29 AM