LABAH-labah yang menghuni telingan Susie.
LABAH-labah yang menghuni telingan Susie.
Agensi

KANSAS CITY: Seorang wanita yang menyangka telinganya tersumbat dengan air rupanya dihuni labah-labah berbisa.

Susie Torres memberitahu Fox4KC, dia pergi ke hospital kerana merasa seperti ada air dalam telinga kirinya.

“Rasanya tidak ubah seperti jika ada air terperangkap selepas kita berenang. Pembantu perubatan yang memeriksa telinga saya tiba-tiba berlari keluar untuk memanggil rakannya sebelum memberitahu saya ada serangga di dalam telinga,” katanya.

Bagaimanapun, mereka semua terkejut apabila melihat labah-labah spesies Brown Recluse yang berbisa sebesar syiling satu sen di situ.

Brown Recluse berbisa dan gigitannya mampu menyebabkan seram sejuk, demam panas serta lebam di kawasan terkesan, lapor The Metro.

Susie bernasib baik kerana haiwan itu tidak menggigitnya. Bagaimanapun, dia kini mengambil langkah berjaga-jaga apabila menyumbat telinganya dengan kapas sebelum tidur.

https://metro.co.uk/video/doctors-pull-huge-brown-spider-womans-ear-1991...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 10:09 PM