JENAZAH Abdirahman disolatkan selepas beliau meninggal dunia dibom.
JENAZAH Abdirahman disolatkan selepas beliau meninggal dunia dibom.
Reuters

MOGADISHU: Pengebom berani mati yang membunuh datuk bandar Mogadishu dan enam yang lain pada bulan lalu dikenal pasti sebagai seorang wanita buta yang bekerja dengan kerajaan tempatan dan dibantu rakan sekerjanya, kata Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Somalia semalam.

Kumpulan militan al Shabaab yang mempunyai kaitan dengan al Qaeda mendakwa melancarkan serangan pada 24 Julai lalu itu.

Datuk Bandar Abdirahman Omar Osman meninggal dunia seminggu selepas itu ketika dirawat di Qatar akibat kecederaan dialaminya.

“Penemuan awal menunjukkan seorang wanita yang bekerja dengan kerajaan tempatan meletupkan dirinya dengan bantuan seorang lagi wanita yang juga bekerja dengan kerajaan tempatan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Ini adalah kali pertama kumpulan militan itu menggunakan orang kelainan upaya (OKU) sebagai pengebom berani mati.

Pihak berkuasa percaya, kumpulan itu menggunakan individu OKU untuk melepasi kawalan keselamatan dan pergi ke pejabat datuk bandar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 1:03 AM