Reuters

TAIPEI: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegar timur laut Taiwan, hari ini.

Biro cuaca pusat Taiwan melaporkan, kejadian itu membuatkan bangunan bergoyang dan bekalan elektrik terputus kepada kira-kira 2,000 bangunan.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 5.28 pagi (waktu tempatan) berhampiran timur laut daerah Yilan pada kedalaman 22 kilometer.

Tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.

Gempa bumi berkenaan menyebabkan sebahagian bekalan kuasa terputus dan khidmat kereta api serantau terpaksa dihentikan sementara di utara Taiwan. Terdapat juga laporan kebocoran gas dan air.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 10:03 AM