AMIT Shah ketika tiba di Parlimen. FOTO: AFP
AMIT Shah ketika tiba di Parlimen. FOTO: AFP

India mansuh status khas Kashmir

AFP

NEW DELHI: Kerajaan India hari ini tergesa-gesa membatalkan status khas Kashmir, beberapa jam selepas mengenakan kawalan keselamatan besar-besaran di rantau berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Amit Shah memberitahu parlimen, presiden India sudah menandatangani perintah untuk membatalkan Perkara 370 Perlembagaan yang memberi kuasa autonomi khas kepada rantau Himalaya itu.

Perintah itu menyatakan langkah terbabit berkuatkuasa dengan serta merta.

Kashmir dibahagikan antara India dan Pakistan sejak mencapai kemerdekaan pada 1947.

Wilayah ditadbir India berdepan serangan pemberontakan selama tiga dekad, menyebabkan puluhan ribu orang terbunuh.

ends.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 3:01 PM