KAWASAN  Times Square terputus bekalan elektrik. FOTO Reuters.
KAWASAN Times Square terputus bekalan elektrik. FOTO Reuters.
Reuters

NEW YORK: Sekitar 42,000 pengguna di Manhattan terputus bekalan elektrik selepas sebuah transformer elektrik meletup di West Side, New York, petang semalam.

Saksi kejadian memberitahu Reuters mendengar satu letupan kira-kira jam 7 petang waktu tempatan.

Bomba dalam satu kenyataan di Twitter berkata, pihaknya menerima banyak panggilan kecemasan orang terperangkap dalam lif.

Masalah itu menyebabkan tren bawah tanah tergendala dan beberapa teater Broadway terpaksa membatalkan persembahan.

Gabenor New York, Andrew Cuomo berkata, seramai 100 anggota polis dan pengawal membantu mengawal lalu lintas. Bekalan elektrik berjaya dipulihkan hari ini.

Kejadian itu berlaku pada ulang tahun ke-42 New York lumpuh akibat terputus bekalan elektrik ketika gelombang haba pada 13 Julai 1977.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 11:30 AM