AFP

WASHINGTON: Instagram mengumumkan beberapa ciri baru dalam aplikasinya hari ini, bagi menangani buli, termasuk memberi amaran kepada pengguna yang mahu menyiarkan kata-kata berbaur makian.

Ketua Instagram, Adam Mosseri berkata, usaha membendung buli menjadi keutamaan media sosial itu sejak sekian lama dan pihaknya akan terus berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.

Menurut Mosseri, amaran akan dikeluarkan sekiranya komen pengguna dikesan boleh menyinggung perasaan pihak lain.

"Langkah ini membolehkan pengguna berfikir semula tindakan mereka dan memadamkan komen itu.

“Berdasarkan ujian awal terhadap ciri ini, kami mendapati ia menggalakkan segelintir pengguna dari memuat naik kata-kata kecaman,” kata Mosseri dalam satu kenyataan.

Ciri lain yang ditambah dalam aplikasi itu adalah menyekat komen dari dibaca pengguna lain.

“Ada pengguna mengadu takut menyekat, melaporkan atau membuang pembuli dari akaun mereka kerana bimbang keadaan bertambah keruh, terutamanya jika pengguna ini berinteraksi dengan pembuli dalam kehidupan sebenar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 11:03 AM