KAJIAN menunjukkan lipas mempunyai ketahanan enam kali lebih tinggi terhadap gabungan pelbagai racun serangga. FOTO: Agensi
KAJIAN menunjukkan lipas mempunyai ketahanan enam kali lebih tinggi terhadap gabungan pelbagai racun serangga. FOTO: Agensi
Agensi

WASHINGTON: Kajian terbaru mendapati lipas semakin ‘kebal’ terhadap pelbagai racun serangga menyebabkan ia sukar untuk dibunuh.

Daily Mail melaporkan, lipas Jerman iaitu spesies paling biasa dalam dunia serangga mula membina ketahanan yang tinggi terhadap racun serangga.

Menerusi kajian yang dijalankan selama enam bulan, penyelidik bukan saja gagal mengurangkan bilangan lipas malah ia dilihat mempunyai ketahanan enam kali lebih tinggi terhadap gabungan pelbagai racun serangga.

“Ini adalah cabaran yang kita tidak sedar terhadap serangga ini. Ia membina ketahanan terhadap beberapa kelas racun serangga menyebabkan ia sukar dikawal hanya dengan menggunakan bahan kimia saja,” kata Profesor Michael Scharf dari University Purdue.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Laporan Saintifik itu memfokuskan spesies Blatella germanica L yang boleh ditemui di seluruh dunia.

LIPAS Jerman antara sukar dibunuh. FOTO: Agensi
LIPAS Jerman antara sukar dibunuh. FOTO: Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2019 @ 4:28 PM