ROMAND ketika dibicarakan pada tahun 1995.
ROMAND ketika dibicarakan pada tahun 1995.
AFP

TOURS, FRANCE: Seorang lelaki Perancis yang membunuh ibu bapanya, isteri dan anak-anaknya selepas berpura-pura selama dua dekad menjadi seorang doktor sehingga kisahnya dijadikan ilham untuk buku dan filem, dibebaskan dengan parol selepas dipenjara selama 26 tahun, kata peguamnya hari ini.

Jean-Claude Romand membunuh ibu bapanya, isteri dan dua anaknya pada 1993 kerana mereka ingin mengetahui kehidupan bergandanya.

Romand menghabiskan masa hampir 20 tahun berpura-pura menjadi seorang doktor dan penyelidik bekerja di Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang berpusat di Geneva.

“Dia dibebaskan malam tadi” dari penjara Saint-Maur berhampiran pusat bandar Bourges, kata peguam Jean-Louis Abad.

Mahkamah rayuan membenarkan pembebasan Romand pada 25 April.

Lelaki berusia 65 tahun itu dipantau menerusi pengawasan elektronik selama dua tahun dan mesti tinggal di kawasan yang diluluskan oleh badan kehakiman.

Mahkamah rayuan juga menghalang Romand daripada menghubungi pihak sivil yang terbabit dalam kes itu dan media.

Romand pada usia 38 tahun, membunuh isterinya dengan pencanai, menembak mati anak perempuan dan anak lelakinya berusia 7 dan 5, sebelum membunuh ibu bapanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 5:31 PM