SEORANG wanita dan tiga anaknya mungkin sudah mati selama beberapa hari sebelum mayat mereka ditemui Pengawal Sempadan AS berhampiran Rio Grande. FOTO Agensi
SEORANG wanita dan tiga anaknya mungkin sudah mati selama beberapa hari sebelum mayat mereka ditemui Pengawal Sempadan AS berhampiran Rio Grande. FOTO Agensi
Reuters

AUSTIN (Amerika Syarikat): Pihak berkuasa Texas semalam melaporkan kematian tujuh pendatang yang cuba masuk ke Amerika Syarikat (AS) termasuk seorang wanita, dua bayi dan seorang kanak-kanak.

Kematian itu menunjukkan bahaya suhu panas melampau ketika peningkatan jumlah pendatang dari Amerika Tengah termasuk yang berkeluarga yang cuba menyeberangi sempadan Mexico-AS.

Seorang pegawai memberitahu, seorang wanita dan tiga anaknya mungkin sudah mati selama beberapa hari sebelum mayat mereka ditemui Pengawal Sempadan AS berhampiran Rio Grande di Texas Selatan pada Ahad lalu.

Empat beranak itu dipercayai maut akibat pendedahan melampau pada haba dan penghidratan.

Di kawasan barat pula, Pengawal Sempadan AS di Del Rio menemui mayat dua lelaki di kawasan padang rumput berhampiran Carrizo Springs selepas mendapat panggilan kecemasan pada 19 dan 20 Jun mengenai orang sesat.

Satu lagi mayat yang hampir reput ditemui di tebing sungai Rio Grande berhampiran Normandy pada 20 Jun lalu.

“Cuaca panas melampau boleh membawa maut,” kata Ketua Pengawal Sektor Del Rio, Raul Ortiz.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 1:12 PM