GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

CHICAGO: Bayi lelaki yang dilarikan dari rahim selepas ibunya dibunuh pada April lalu, dilaporkan mati akibat kecederaan teruk pada bahagian otak, kata jurucakap keluarga terbabit.

AFP melaporkan, Marlen Ocha-Lopez dibunuh pada 23 April oleh seorang wanita dan anaknya yang menjanjikan mangsa dengan persiapan bayi percuma sebelum dicekik hingga mati dan melarikan bayi terbabit.

Polis berkata, Clarisa Figueroa, 46, dan anaknya, Desiree, 24, membunuh remaja itu yang hamil sembilan bulan dan mayatnya ditemui di dalam tong sampah di rumah suspek selepas tiga minggu dilaporkan hilang.

Figueroa mendakwa bayi itu adalah miliknya ketika memanggil bantuan perubatan apabila mangsa tidak bernafas.

Bayi yang kemudiannya dimasukkan ke hospital itu terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hidup sebelum disahkan mati otak, kata keluarganya.

Kedua-dua mereka bagaimanapun sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2019 @ 12:03 PM