MH17 Boeing 777 ditembak oleh roket buatan Russia BUK pada 17 Julai 2014. FOTO: Reuters
MH17 Boeing 777 ditembak oleh roket buatan Russia BUK pada 17 Julai 2014. FOTO: Reuters
AFP

THE HAGUE: Penyiasat antarabangsa yang mengendalikan kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, hari ini berkata, mereka akan memaklumkan penemuan terbaharu minggu depan.

Keluarga mangsa kepada 298 orang yang terbunuh dan kumpulan media akan diberi taklimat mengenai perkembangan siasatan pada 19 Jun ini, kata Pasukan Siasatan Bersatu dalam satu kenyataan.

Pasukan Siasatan Bersatu ditubuhkan pada 2014 oleh Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine untuk menjalankan siasatan secara bersama.

MH17 Boeing 777 yang dalam perjalanan antara Amsterdam dan Kuala Lumpur ditembak oleh roket buatan Russia BUK pada 17 Julai 2014 ketika melintasi ruang udara wilayah dikuasai pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.

Hampir dua pertiga daripada mereka yang terbunuh dalam penerbangan itu adalah warga Belanda manakala 38 rakyat Australia juga terkorban.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2019 @ 9:50 PM