SEEKOR anjing cacat menyelamatkan bayi baru dilahirkan yang ditanam hidup-hidup.
SEEKOR anjing cacat menyelamatkan bayi baru dilahirkan yang ditanam hidup-hidup.
Agensi

BANGKOK: Seekor anjing cacat dianggap wira selepas menemui dan menyelamatkan seorang bayi baru dilahirkan yang ditanam hidup-hidup di padang oleh ibunya yang masih remaja.

Bayi itu ditemui ditimbus tanah berhampiran sebuah ladang di Chumpuang pada 15 Mei lalu selepas anjing bernama Ping Pong mengorek tanah dan menyalak memanggil tuannya yang juga gembala lembu.

Anggota polis, Panuvat Udkam memberitahu AFP: “Saya rasa bayi itu baru ditanam ibunya sebelum ditemui anjing itu.”

Ibunya, remaja berusia 15 tahun membuang anaknya kerana takut dimarah ibu bapa dan sudah didakwa atas tuduhan cubaan membunuh dan mengabaikan kanak-kanak.

Susulan itu, Ping Pong dianggap wira dan dipuji pengguna media sosial. BBC memetik pemiliknya, Usa Nisaikha berkata, anjing itu pernah dilanggar kereta ketika masih kecil, menyebabkan satu kakinya tidak lagi boleh digunakan.

“Tetapi saya tetap membelanya kerana dia sangat setia dan baik, malah rajin meneman saya keluar menggembala. Dia juga amat disayangi penduduk kampung ini,” katanya.

BAYI yang ditemui anjing cacat berkenaan.
BAYI yang ditemui anjing cacat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 8:39 PM