ANGGOTA polis berkawal selepas ratusan banduan melarikan diri dari penjara di Sumatera Utara. FOTO AFP
ANGGOTA polis berkawal selepas ratusan banduan melarikan diri dari penjara di Sumatera Utara. FOTO AFP
AFP

MEDAN: Ratusan banduan melarikan diri dari penjara di Sumatera Utara semalam, selepas memulakan kebakaran ketika membantah layanan buruk terhadap banduan.

Menurut pihak berkuasa, banduan di penjara yang menempatkan pesalah dadah itu membakar motosikal kakitangan penjara sebelum melepaskan diri dari penjara itu beramai-ramai.

Menurut polis, ratusan banduan berjaya melepaskan diri namun sebahagian besar berjaya ditahan kembali.

Bagaimanapun, Ketua Polis Sumatera Utara, Agus Andrianto, berkata pihak berkuasa masih memburu sekurang-kurangnya 100 lagi banduan.

Kejadian itu adalah yang kedua dalam masa seminggu selepas lebih 100 banduan melarikan diri dari sebuah penjara lain Sabtu lalu, juga di Sumatera, ketika rusuhan yang berpunca daripada tindakan wardar memukul banduan ditangkap kerana mengambil dadah methamphetamine.

Sebahagian besar banduan terbabit sudah berjaya ditahan kembali namun puluhan lagi masih bebas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 10:49 PM