ANGGOTA keselamatan berkawal selepas meleraikan perusuhan.
ANGGOTA keselamatan berkawal selepas meleraikan perusuhan.
Reuters

KOTTAMPITIYA: Tentera Sri Lanka mengawal beberapa bandar dengan kereta berperisai hari ini selepas berlakunya keganasan sehinga memaksa penduduk Islam bersembunyi di sawah padi semasa perusuh menyerang kediaman dan kedai mereka.

Pihak berkuasa berkata situasi di bahagian barat laut masih terkawal selepas perusuh anti-Islam dilihat bergerak dari bandar ke bandar sejak kelmarin.

Seorang lelaki ditikam sehingga mati dan penduduk menyerang masjid dan membakar al-Quran dalam keganasan yang mensasarkan penduduk Islam selepas serangan bom semasa sambutan Easter yang mengorbankan 250 orang di gereja dan hotel di Colombo.

“Penduduk Islam berkumpul berhampiran sawah padi, tiada siapapun yang mati” kata salah seorang daripada kumpulan lelaki yang berkumpul di luar masjid terletak di bandar Kottampitiya.

Sekumpulan puluhan orang yang tiba dengan teksi menyerang kedai milik orang Islam dengan batu selepas tengah hari semalam. Penduduk berkata, awalnya perusuh seramai 200 orang dan kemudian meningkat 1,000 orang.

Selain masjid utama, perusuh turut menyerang 17 kedai dan 50 rumah milik penduduk Islam, kata saksi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2019 @ 7:06 PM