ORANG ramai berkumpul berdekatan dengan Hotel Pearl Continental. -Foto EPA
ORANG ramai berkumpul berdekatan dengan Hotel Pearl Continental. -Foto EPA
AFP

ISLAMABAD: Lima orang, termasuk seorang tentera terbunuh dalam serangan pengganas di sebuah hotel mewah di bandar Gwadar, selatan Pakistan, pusat projek China bernilai berbilion ringgit hari ini.

Tentera yang maut itu antara pasukan keselamatan yang dikejarkan ke Hotel Pearl Continental selepas serangan bermula kelmarin.

Menurut kenyataan tentera, dalam serangan itu ‘lima orang shahid termasuk empat pekerja hotel dan seorang tentera laut Pakistan’.

Seorang pekerja hotel itu ialah pengawal keselamatan yang ditembak di pintu masuk. Enam lagi cedera iaitu empat pengawal keselamatan dan dua pekerja hotel.

Menurut tentera enam pengganas itu ditembak mati, dipercayai anggota kumpulan pemisah Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) yang mengaku bertanggungjawab.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2019 @ 9:43 PM