PERTAHANAN Awam Syria membersihkan runtuhan di jalan raya di Idlib, Syria semalam. FOTO  AFP
PERTAHANAN Awam Syria membersihkan runtuhan di jalan raya di Idlib, Syria semalam. FOTO AFP
AFP

BEIRUT: Seramai 10 orang awam terbunuh di wilayah Idlib, semalam akibat serangan udara oleh rejim pimpinan Presiden Bashar Al Assad dan sekutunya, Rusia.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain berkata, kematian itu berlaku di kawasan dikuasai kumpulan pemberontak Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang adalah bekas cawangan militan Daesh.

Menurutnya, seramai 18 pejuang dan pemberontak maut dalam serangan itu, manakala tentera rejim kehilangan sembilan anggotanya.

Tentera rejim dan Rusia meningkatkan serangan di wilayah berkenaan sejak beberapa hari lalu menyebabkan hospital dan sekolah turut musnah.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan serangan di Idlib.

Lebih 150,000 penduduk melarikan diri dari kawasan barat laut Syria dalam tempoh seminggu sejak hujung April lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 12:43 PM