AMERIKA Syarikat menuduh China menempatkan lebih sejuta etnik Uighur dan kumpulan Islam lain dalam kem tahanan. FOTO Agensi
AMERIKA Syarikat menuduh China menempatkan lebih sejuta etnik Uighur dan kumpulan Islam lain dalam kem tahanan. FOTO Agensi
Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat menuduh China semalam kerana menempatkan lebih sejuta minoriti Islam dalam kem tahanan, antara kecaman paling keras setakat ini ke atas apa yang digelarnya penahanan beramai-ramai etnik Uighur dan kumpulan Islam lain.

Kenyataan yang dibuat oleh ketua dasar Asia di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Randall Schiver bakal meningkatkan ketegangan dengan Beijing yang sensitif kepada kritikan antarabangsa dan menganggap kem itu sebagai pusat latihan pendidikan vokasional bertujuan membendung ancaman militan Islam.

“Parti Komunis China menggunakan pasukan keselamatan menahan penduduk Islam Cina beramai-ramai di kem tahanan,” kata Schriver kepada taklimat Pentagon dengan menganggarkan bilangan mereka yang ditahan hampir tiga juta.

Schriver turut mempertahankan tindakannya menggunakan perkataan yang biasanya dikaitkan dengan Nazi Jerman sebagai bersesuaian mengikut keadaan.

Gabenor Xinjiang pada Mac lalu secara langsung menolak perbandingan kem itu dengan kem tahanan lain dengan mengatakan keadaan tahanan seperti berada di sekolah asrama.

Bekas tahanan menggambarkan mereka diseksa ketika soal siasat, tinggal dalam sel sesak dan menjadi subjek kepada indoktrin zalim harian yang menyebabkan sebahagian daripada mereka membunuh diri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 10:22 AM