SIKLON Fani dijangka tiba di pantai timur India esok. -Foto AFP
SIKLON Fani dijangka tiba di pantai timur India esok. -Foto AFP
AFP

BHUBANESWAR: Hampir 800,000 penduduk di pantai timur India dipindahkan sebelum ribut siklon kuat dengan kelajuan angin 200 kilometer sejam tiba, esok.

Pusat kaji cuaca meramalkan ribut siklon teruk Fani melanda kawasan bandar suci Hindu, Puri pada waktu petang.

Jurucakap jabatan bencana memberitahu AFP seramai 780,000 penduduk dari 13 daerah di Odisha sudah dipindahkan ke kawasan selamat.

Kira-kira 1,000 pusat pemindahan dibuka di sekolah dan bangunan kerajaan bagi menampung lebih sejuta orang.

Kekuatan siklon Fani disamakan dengan taufan dalam kategori tiga hingga empat.

Ia ribut kuat keempat yang melanda pantai timur India dalam tempoh 30 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 2:48 PM