KAWASAN tragedi mayat remaja perempuan berkecai di landasan keretapi di Orsk, Orenburg. -Foto Agensi
KAWASAN tragedi mayat remaja perempuan berkecai di landasan keretapi di Orsk, Orenburg. -Foto Agensi
Agensi

MOSCOW: Mayat seorang remaja perempuan berkecai akibat dirempuh tren ketika mengambil swafoto atas landasan keretapi di Orsk, Orenburg, baru-baru ini.

Karina Baymukhambetova, 15, maut di tempat kejadian dan pemandu tren berkata sudah menekan brek kecemasan.

Seorang saudara yang bersama mangsa sempat melompat dari landasan sebelum tren menghampiri mereka.

The Sun melaporkan, saudara itu memberitahu perbuatan mangsa membahayakan, namun jawapan diberikan adalah ‘tiada apa-apa yang perlu ditakuti dalam hidup’.

Pemandu tren memberitahu media tempatan dia ternampak dua orang berdiri di atas landasan keterapi lalu membunyikan hon.

GAMBAR kenangan Karina bersama ibu dan adiknya.
GAMBAR kenangan Karina bersama ibu dan adiknya.

Susulan kemalangan negeri itu, pihak berkuasa bakal melancarkan siasatan terhadap kematian Karina.

Menurut polis, kanak-kanak dan remaja didapati sering mengabaikan keselamatan mereka dengan berjalan atas landasan keretapi.

Dalam kejadian berasingan beberapa bulan lalu, dua remaja berusia 14 tahun terkena renjatan elektrik akibat menceroboh masuk ke landasan keretapi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 9:48 PM