TINDAKAN Cuong Pham yang dirakam CCTV. FOTO Daily Mail
TINDAKAN Cuong Pham yang dirakam CCTV. FOTO Daily Mail
Agensi

SACRAMENTO (Amerika Syarikat): Cubaan mahu ‘menghalau hantu’ di rumah jirannya menyebabkan seorang lelaki ditahan polis selepas menyiram kediaman jirannya dengan bahan api di Stockton, timur San Francisco, California.

Daily Mail melaporkan, perbuatan Cuong Pham (gambar), 38, terbongkar selepas aksinya dirakam melalui video pengawasan menyebabkannya ditangkap kerana cubaan membunuh dan membakar rumah jirannya.

Menurut polis, sekitar jam 5 pagi, Pham menyimbah pintu hadapan dan anjung rumah jirannya dengan diesel serta meninggalkan kain yang direndam dengan bahan bakar itu.

Dia kemudian cuba menyalakan api namun gagal. Selepas beberapa percubaan, dia dilihat berlalu pergi dari pintu rumah jirannya.

Ketika kejadian, seorang wanita bersama dua anaknya berada di dalam rumah itu. Wanita itu menghubungi polis sebelum Pham yang tinggal di seberang jalan ditahan di rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 8:55 PM