DAVID Barnatt dan isteri Jeanette Obertelli diarahkan membayar 1,400 pound kepada jiran mereka.
DAVID Barnatt dan isteri Jeanette Obertelli diarahkan membayar 1,400 pound kepada jiran mereka.
Agensi

LONDON: Akibat mengganggu jiran dengan menghalakan lampu keselamatan berkuasa tinggi yang dipasangkan di halaman rumah ke arah bilik tidurnya selama enam bulan, sepasang warga emas diarahkan membayar ganti rugi 1,400 pound (RM7,534).

David Barnatt, 70, dan isterinya Jeanette Obertelli, 66, dituduh menjejaskan kehidupan jiran sebelah rumah, Simon dan Alison Morgan setiap malam sejak memasangkan lampu itu pada Ogos 2017.

Daily Mail melaporkan, pengadu sukar tidur setiap malam dan anak lelaki mereka yang berusia 20 tahun pernah terjaga sehingga 70 kali disebabkan cahaya lampu terlampau terang.

Rakaman kamera litar keselamatan tertutup (CCTV) turut memaparkan Jeanette menunjukkan tanda isyarat lucah dan menjerit kata-kata kesat kepada keluarga Morgan.

Pasangan warga emas itu mendakwa mereka terganggu dengan CCTV serta lampu keselamatan diletakkan Morgan di kediaman mereka. CCTV berkenaan dipasang Morgan atas nasihat polis selepas kereta mereka dirosakkan Jeanette.

Jeanette mendakwa kononnya ‘fobia’ dengan kamera berkenaan menyebabkan dia menggunakan lampu sorot elak wajahnya dirakam.

Bagaimanapun, makamah majistret menolak semua alasan pasangan terbabit dan mendapati mereka bersalah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 9:57 PM