KENDERAAN  di lebuhraya Itali terkandas disebabkan salji tebal. FOTO/AGENSI.
KENDERAAN di lebuhraya Itali terkandas disebabkan salji tebal. FOTO/AGENSI.
Reuters

MILAN: Ribuan kenderaan terkandas dalam salji tebal di lebuh raya di Itali semalam, dan pasukan bomba menyelamatkan 200 orang yang terperangkap dalam kereta dan bas selama beberapa jam.

Jurucakap bomba wilayah Bolzano, berkata kenderaan berkenaan berbaris di sepanjang laluan yang menghubungkan kawasan timur laut negara itu dengan Austria sejauh 16 kilometer.

Katanya, sukar untuk mengira bilangan kenderaan terbabit tetapi jumlahnya merangkumi ribuan.

Kenderaan bomba digunakan untuk memindahkan kira-kira 200 orang yang terperangkap selama beberapa jam, dalam suhu beku.

Runtuhan salji turut melanda lebuh raya pada pagi semalam tetapi tiada kenderaan ketika itu.

Trafik mula bergerak lewat tengah hari tetapi masih banyak kenderaan yang terperangkap. Tiada kecederaan dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 11:46 AM