Populasi China susut sekalipun setiap keluarga dibenarkan mempunyai dua anak. FOTO AFP
Populasi China susut sekalipun setiap keluarga dibenarkan mempunyai dua anak. FOTO AFP
AFP

BEIJING: Populasi China susut tahun lalu, untuk kali pertama sejak 70 tahun lalu, kata pakar sambil memberi amaran ‘krisis demografi’ itu memberi tekanan kepada ekonomi negara terbabit yang kian perlahan.

Selama berdekad-dekad, negara paling ramai penduduk di dunia itu mengehadkan setiap keluarga kepada seorang anak sahaja dalam percubaan untuk memastikan pertumbuhan penduduk berdaya tahan.

Namun, sejak 2016, China yang mempunyai 1.4 bilion penduduk membenarkan pasangan di negara itu mempunyai dua anak sebagai tindak balas terhadap kebimbangan masyarakat semakin berusia dan tenaga kerja yang semakin susut.

Jumlah kelahiran di seluruh negara itu pada 2018 susut sebanyak 2.5 juta tahun ke tahun berbanding jangkaan peningkatan 790,000 kelahiran, menurut analisis ahli akademik di Amerika Syarikat (AS), Yi Fuxian.

Yi adalah penyelidik di University of Wisconsin-Madison, beliau sejak sekian lama mengkritik dasar satu anak dan hasil kajian beliau mendapat perhatian kepimpinan negara itu.

Dasar itu dilaksanakan menerusi denda, namun kadang-kadang kejam sehingga kepada pengguguran dan pemandulan.

Kesannya, dasar satu anak menyebabkan kadar kelahiran merosot selepas diperkenalkan pada 1979.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 8:30 PM